Want your
own Fotopage?






 
saupix photography | ada pix, ada segalanya

By: saupix ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-Apr-2008 14:28 Email | Share | Bookmark
Rumah P.Ramlee

 



Rumah Kelahiran P.Ramlee yang terletak di Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham P.Ramlee. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P.Ramlee bersama dengan bapa saudaranya Rejab Bin Hussein. Rumah ini telah dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi pada tahun 1948.

Rumah ini kini telah dibaik pulih buat kali ketiga oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 1991 dan telah dibuka dengan rasminya oleh Y.B. Dato Sabbaruddin Chik, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 31 Disember 1991. Penubuhan Rumah Kelahiran ini adalah untuk memelihara kekal rumah lama ini sebagai tanda dan ingatan kepada Seniman Agong yang banyak berjasa dalam bidangnya kepada bangsa dan negara. Rumah kelahiran ini juga akan menjadi tempat yang boleh dilawati oleh orang ramai serta bagi menarik minat pelancong terhadap warisan seni budaya tanah air.

Oleh kerana rumah ini adalah bangunan kayu lama, kerja-kerja membaik pulih telah dilakukan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia dengan mengekalkan 100% bahan-bahan asal, terutamanya ukiran kayu.

Kesemua bahan yang dipamerkan adalah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian dalam dan luar rumah. Bahagian dalam rumah mempamerkan aspek-aspek kehidupan P.Ramlee semasa zaman remaja di mana diruangan menempatkan alat-alat dan gambar-gambar mengenai kegiatan beliau dalam bidang seni dan juga sukan. Di samping itu, ia juga mempamerkan katil besi, peti besi menyimpan pakaian dan koleksi pakaian P.Ramlee.

Bahagian luar rumah pula mempamerkan jenis basikal kegemaran P.Ramlee. Selain itu, pelawat-pelawat juga dapat melihat pokok-pokok asal di sekeliling yang ada kaitan rapat dengan P.Ramlee semasa zaman kakak-kanak. -arkib-

cobaan
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


A Member of ________Photogpartner
__

© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net