Want your
own Fotopage?








 
saupix photography | ada pix, ada segalanya

By: saupix ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Apr-2008 14:28 Email | Share | | Bookmark
Rumah P.Ramlee

 



Rumah Kelahiran P.Ramlee yang terletak di Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham P.Ramlee. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P.Ramlee bersama dengan bapa saudaranya Rejab Bin Hussein. Rumah ini telah dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi pada tahun 1948.

Rumah ini kini telah dibaik pulih buat kali ketiga oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 1991 dan telah dibuka dengan rasminya oleh Y.B. Dato Sabbaruddin Chik, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 31 Disember 1991. Penubuhan Rumah Kelahiran ini adalah untuk memelihara kekal rumah lama ini sebagai tanda dan ingatan kepada Seniman Agong yang banyak berjasa dalam bidangnya kepada bangsa dan negara. Rumah kelahiran ini juga akan menjadi tempat yang boleh dilawati oleh orang ramai serta bagi menarik minat pelancong terhadap warisan seni budaya tanah air.

Oleh kerana rumah ini adalah bangunan kayu lama, kerja-kerja membaik pulih telah dilakukan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia dengan mengekalkan 100% bahan-bahan asal, terutamanya ukiran kayu.

Kesemua bahan yang dipamerkan adalah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian dalam dan luar rumah. Bahagian dalam rumah mempamerkan aspek-aspek kehidupan P.Ramlee semasa zaman remaja di mana diruangan menempatkan alat-alat dan gambar-gambar mengenai kegiatan beliau dalam bidang seni dan juga sukan. Di samping itu, ia juga mempamerkan katil besi, peti besi menyimpan pakaian dan koleksi pakaian P.Ramlee.

Bahagian luar rumah pula mempamerkan jenis basikal kegemaran P.Ramlee. Selain itu, pelawat-pelawat juga dapat melihat pokok-pokok asal di sekeliling yang ada kaitan rapat dengan P.Ramlee semasa zaman kakak-kanak. -arkib-

cobaan
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


A Member of ________Photogpartner
__

© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved

suke tgk hasil editing hang....
salam kenalan....
boleh menuntut nnt...
Tue 6-May-2008 06:25
Posted by:::: joelaily :::  - [Link]
Bro...gamba jd buruk tu edit photoshop ke?saya x jumpe lg la editing camtu.... Mon 12-May-2008 11:17
Posted by:arjuna arjuna_alang@yahoo.com
hahaha....hi,apa khabar dan salam perkenalan...kalau blh tmbh la lg maklumat pasal rumah tu.... amcm,cool x???? Sun 15-Mar-2009 08:38
Posted by:azzim azzim15011994@yahoo.com
View all 31 comments Add comment


Sunday, 6-Apr-2008 08:10 Email | Share | | Bookmark
Ahad yang Bosan

 



Entah kenapa lah aku berdepan dengan ahad cukup membosankan. Takder sebarang aktiviti, kawan-kawan plak suma ada hal masing-masing. Ketara bosannya. Bangun, tido, mandi, makan pagi, tido, bangun, makan tengahari, tido dan tido.

Tapi hari ni aku try cari aktiviti. Aku kira syiling dah dekat penuh satu botol mayonis. Total RM52.75. Tak ingat plak sejak bila aku menyimpan. Bole beli lens baru . Tapi pastu aku terus bosan dan bosan kembali. hikhikhik
Quote:

Nilai duit syiling
Nilai pertukaran pasaran duit syiling berasas daripada nilai sejarah, dan/atau nilai intrinsik bahan-bahan logamnya (umpamanya, emas atau perak). Bagaimanapun, pada zaman yang moden, kebanyakan duit syiling dibuat daripada logam asas dan nilainya terdiri daripada tarafnya sebagai wang fiat. Ini bermakna bahawa nilai duit syiling diputuskan oleh perintah kerajaan dan bukannya daripada persetujuan orang ramai. Oleh sebab itu, duit syiling lebih merupai token dengan erti kata yang sebenarnya berbanding duit syiling yang benar.

Bagi membezakan duit syiling daripada token yang digunakan sebagai wang, cendikiawan wang telah mentakrifkan tiga kriteria untuk menentukan sebiji objek sebagai "duit syiling yang benar":

1. Ia harus dibuat daripada bahan-bahan yang bernilai dan didagang pada harga yang berdekatan nilai pasaran bahan-bahan tersebut.
2. Ia harus mempunyai berat dan ketulenan yang piawai.
3. Ia harus ditandai unuk mengenalpastikan pihak yang menjamin kandungannya.

Menurut takrif ini, penciptaan dan penggunaan duit syiling yang pertama diketahui datangnya daripada Kemaharajaan Lydia pada lingkungan 643-630 S.M. Di bawah pemerintahan tiga keturunan maharaja Lydia, wang Lydia semakin berubah daripada bentuk ketulan elektrum (sejenis aloi semula jadi yang terdiri daripada emas dan perak) kepada duit syiling yang mempunyai berat dan ketulenan yang terjamin, serta ditandi dengan mohor Maharaja. Duit syiling yang benar juga diperkembangkan pada zaman yang amat berhampiran di India serta China.

Sejarah duit syiling adalah panjang dan menarik. Umpamanya, pada tahun 1979 dan 1980, suatu pasukan seni bina China yang mengekskavasi di kawasan berdekatan kemaharajaan Loulan menemui alatan batu dan duit syiling Mesolitik -wikipedia


cheers
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved

haaa...saupix...nae tanya resepi tu...jawab jgn tak jawab...ajaq la kami2 yg kurang hajaq ni....ha...ha..ha... Thu 17-Apr-2008 01:13
Posted by:blacksPunk5Hitam  - [Link]
entry yang menarik... aku pun ada buat jg entry pasal duit syiling, masuk link ni http://my-koleksi.blogspot.com/2008/03/menara-50-sen.html Fri 18-Apr-2008 12:48
Posted by:my-koleksi  - [Link]
Nice editing & power BRO...keep it up... Fri 16-May-2008 18:42
Posted by:ZULHISAMphotography zulzat2003@yahoo.com  - [Link]
View all 38 comments Add comment


Thursday, 3-Apr-2008 08:58 Email | Share | | Bookmark
Green is Hijau

 


Green is good for eyes....my mother once said 'God created trees, green because He knows what best for His creature..'

I found that it's sooo true..

enjoy
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


A Member of ________Photogpartner
__

© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved



good timing and composition...

bukan senang nak nampak subjek macam ni...

kekadang benda tu ada tepi rumah/dekat dengan kita tapi tak perasan...
Sun 6-Apr-2008 01:52
Posted by:jijan  - [Link]
nice pic n editing bro...

Sun 6-Apr-2008 07:43
Posted by:shahquantan shah_2804@yahoo.com  - [Link]
salam..selalu2 la ziarah my blog ek..hehe Thu 15-May-2008 00:48
Posted by:gadisipoh babygirl_eira@yahoo.com  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Sunday, 30-Mar-2008 02:17 Email | Share | | Bookmark
Tingkat 8 QueensbayMall

 


enjoy
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


A Member of ________Photogpartner
__

© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved

suka editing ni...smart.... Sun 6-Apr-2008 09:00
Posted by:zaiti nzaz_2738@yahoo.com  - [Link]
Pewit...ank sapa la ni..handsomenya...nk ngorat bleh...hehehehehe... Sun 13-Apr-2008 01:54
Posted by:awa yogurt_awa@yahoo.com
kor punya editing memang bestlah saufix Tue 27-May-2008 14:09
Posted by:mieey
View all 27 comments Add comment


Tuesday, 25-Mar-2008 10:01 Email | Share | | Bookmark
Sibur-Sibur @ Pepatung

 


A dragonfly is an insect belonging to the order Odonata, the suborder Epiprocta or, in the strict sense, the infraorder Anisoptera. It is characterized by large multifaceted eyes, two pairs of strong, transparent wings, and an elongated body.

Dragonflies typically eat mosquitoes, midges, and other small insects like flies, bees, and butterflies. They are therefore valued as predators, since they help control populations of harmful insects. Dragonflies are usually found around lakes, ponds, streams and wetlands because their larvae, known as "nymphs", are aquatic. Dragonflies do not normally bite or sting humans, though they will bite in order to escape, if grasped by the abdomen. -wikipedia-

enjoy
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


A Member of ________Photogpartner
__

© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved

hehe...ejard edit semalam taw..
pukul 12 tgh mlm..
ejard sendiri pon meremang bulu roma
Wed 2-Apr-2008 10:02
Posted by:ejard jard_smailp@yahoo.com  - [Link]
wahh..... .. sungguh menarik...saya masih baru beljar..... gmbr pun sekadar besa besa ja Thu 3-Apr-2008 04:51
Posted by:Gambaqkahwen  - [Link]
wooo..penang mai...good job for this picture..detail!..tabik spring!!! Wed 9-Apr-2008 11:48
Posted by:sofimohd  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Thursday, 20-Mar-2008 10:49 Email | Share | | Bookmark
Maulidur Rasul 1429H / 2008M - Pulau Pinang

 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."

MENJANA UMMAH GEMILANG
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


A Member of ________Photogpartner
__

© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved

hehe... bro... jom tgk sy ngn fafau.. hehe Wed 26-Mar-2008 11:38
Posted by:eRmA LiNa  - [Link]
tgk kat forum FMDC, wah nampak seronok betul ye pi shoot ramai²...
anyway, nice pic bro, keep it up
Fri 28-Mar-2008 04:21
Posted by:Firdaus  - [Link]
gmbar aku pn ada dlm perarakan nie... hehehhe.. Tue 13-May-2008 06:10
Posted by:syahrulenses.fotopages  - [Link]
View all 23 comments Add comment


Saturday, 15-Mar-2008 07:30 Email | Share | | Bookmark
Rope Walk - Penang

 







Some of my fav photos masa jalan-jalan kat Rope Walk, Penang..this is my 3rd time. kononnya nak beli buah-buahan jer tapi akhirnya tewas dengan godaan nak beli menda-menda yang memang tak perlu pun.. to me, Rope Walk nih macam pasarhari yang biasa2 jer, cuma banyak jual barang2 antik dan unik....others..kat pasar malam pun ada.. but it is a good experience and good exposure tgk2 tempat orang...Enjoy the pixs!

enjoy
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


A Member of ________Photogpartner
__

© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved

kami suka buah-buahan disana...
memang fresh...
Fri 21-Mar-2008 06:31
Posted by:Salwa yogurt_awa@yahoo.com
ho ho ho
kami adik bradik mmg sekepala
bro ..u dok ne?
Tue 25-Mar-2008 07:13
Posted by:ejard  - [Link]
aku penah kena sound masa nak amik gambo satu barang antik tu(seterika arang). tokei yg jaga tu siap cakap itu ini. padahal nak ambik gambo jek pun. Wed 11-Jun-2008 00:07
Posted by:jagaServer  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Wednesday, 12-Mar-2008 09:35 Email | Share | | Bookmark
Bersedekah

 


Quote:
Rasulullah SAW bersabda, ' Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal: [1] Shadaqah jariah , [2] Ilmu yang bermanfaat dan [3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi , Nasa ' i dan Ahmad)



simpati...
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


A Member of ________Photogpartner
__

© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved

awat tulisan tu senget la....
wahhh.. dah pandai main tambah noise ya...
Sat 15-Mar-2008 08:35
Posted by:fauzibaie  - [Link]
power editing ni saupix....love this kind of editing...Alhamdulillah bertambah maju sekarang...mabruk! Mon 17-Mar-2008 06:34
Posted by:Firdaus  - [Link]
cian aku tengok makcik ni macam nak menangis pulak Fri 21-Mar-2008 11:38
Posted by:boboi boibean_22@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 4-Mar-2008 22:10 Email | Share | | Bookmark
Langit Mendung

 


Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
- Macamana la keadaan membuang undi jikalau hujan

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).



Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.





Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)



Quote:
selamat membuang undi pada hari sabtu yang bersejarah


enjoy...
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


A Member of ________Photogpartner
__

© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved

Jika anda ingin melihat koleksi pakaian,beg,keronsang dan tudung terkini.Lawatilah http://tropika.r8.org @ http://butik_tropika.fotopages.com
Sat 15-Mar-2008 11:50
Posted by:unnamed  - [Link]
Sesungguhnya aku telah tergolong dalam golongan yang rugi kerana selalu mngeluh time hujan Wed 26-Mar-2008 07:12
Posted by:nusanCapture awaz81(@)gmail.com  - [Link]
ejard try manyak kali nk ambik gambar utk AIR EMBUN nie.
tapi buruk gila jadinye!!~
haish...
Sat 29-Mar-2008 23:52
Posted by:ejard jard_smailp@yahoo.com  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Monday, 25-Feb-2008 00:32 Email | Share | | Bookmark
Suntingan Gambar

Laily dan Jem
A Rainy Day
Happy+Sad
View all 4 photos...


Memandangkan demam aku yang masih belum pulih dek kerana penangan Kelvin Pinardy, aku cuba cari ubatnya dengan menyunting beberapa gambar-gambar lama yang aku suka. Apa yang sudah aku suntingkan...??? Sebenarnya aku mempergunakan manipulasi gambar dan olahan warna-warna digital yang mengasyikkan. Kemudian cuba bermain dengan color balance, Shadow and Brightness, Layers, Noises, and Brush. Maka terhasillah karya aku yang tak seberapa ala-ala Pinardy tu...

Kritik dan saranan dipersilakan..

enjoy...
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: saupix@yahoo.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


A Member of ________Photogpartner
__

© saupix.fotopages.com
All images on this site are under the ownership & copyright of saupix.fotopages.com. All rights reserved

wah...suka la...
hehe..ais kacang mmg sedap.
lalalalala....
Thu 13-Mar-2008 15:26
Posted by:ejard  - [Link]
yg paling mantap tu pic ank dara 2 org tu la...
hahahahaha....
Fri 21-Mar-2008 06:34
Posted by:Salwa yogurt_awa@yahoo.com
ho ho ho...yang x jadik edit gak dapat sambutan!!~
ho ho ho..thx bro...plz..beri tunjuk ajar !!~
Sun 23-Mar-2008 01:30
Posted by:ejard  - [Link]
View all 26 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.